Wednesday, February 23, 2011

::SIAPA STORMREADERS ???::

STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-931780) ditubuhkan pada 28hb Mei 2008. Ia merupakan sebuah anak syarikat kepada TELAGA BIRU SDN BHD, iaitu sebuah syarikat Bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997. Dengan berpengalaman lebih 10 tahun sebagai penerbit dan pengedar produk-produk Islam terutamanya buku-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanahair kita seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamud , Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan ramai lagi.
Jika corak pendekatan pengedaran dan pemasaran produk TELAGA BIRU dibuat secara konvensional. Sebaliknya di STORMREADERS NETWORK pula, ianya merupakan ONLINE BISNES yang menggunakan kaedah system affiliate dan pemasaran bertingkat (MLM). Istimewanya, corak MLM yang digunapakai oleh STORMREADERS NETWORK adalah berteraskan Syariah (Syariah Compliant). Dua tokoh agama yang dilantik oleh Syarikat sebagai Penasihat Syariah adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed.
Alhamdulillah, setelah hampir setahun program affiliate dan MLM berteraskan Syariah ini dilancarkan, kini STORMREADERS NETWORK bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru sahaja, sebaliknya produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, Galeri Ilmu dan Tabung Haji juga boleh didapati di dalam “Kedai Stormreaders”. Insyaallah, dimasa akan datang STORMREADERS NETWORK akan muncul sebagai ONE-STOP CENTRE kepada penerbit-penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan kita semua untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama STORMREADERS NETWORK.

web stormreaders network.

Tuesday, January 18, 2011

Katalog Produk

Download Katalog Produk

 

Alhamdulillah dalam kesibukan program dan tugas di pejabat sempat jugak saya menbuat satu katalog buku stormreaders untuk kegunaan semua pihak yg ingin membeli tanpa memerlukan melihat secara keseluruhan di estore stormreaders,

katalog berkenaan boleh di download disini KATALOG SR

katalog ini di upload menggunakan ziddu free file hosting dimana rakan yg mendownload membolehkan dapat income berminat boleh daftar di sini daftar atau klik pada banner ziddu di sebelah kiri blog

Sekian Terima Kasih

Cara Pembayaran

Cara Pembayaran

 

Semua Pembayaran Adalah Selamat 100%

LANGKAH 1: Isi borang pendaftaran di Halaman Pendaftaran.

LANGKAH 2 : Depositkan bayaran mengikut pakej pilihan anda ke akaun berikut mengunakan perbankan internet* / deposit bank / ATM deposit / ATM Transfer.


Maybank
157250020736
Mohd Zamadi Bin Omar

AHLI - RM 90

Takaful Kemalangan Peribadi RM30,000.00, Khairat Kematian RM3,000.00, Pejabat dan Kedai Buku Sendiri di Internet, Kit Perniagaan Stormreaders, 20% Komisyen/Rebet bagi setiap belian buku 24 jam sehari selama setahun, 5% Jualan Keseluruhan E Store Stormreaders (bulanan).

PENGEDAR - RM400
Semua yang AHLI dapat ditambahkan dengan .... 15% Bonus Penajaan, 15% Bonus Pasangan, 10% Bonus Overiding E Store Tajaan dan Bonus-Bonus Kepimpinan Stormreaders ( Yuran Keahlian RM90.00 + Belian buku bernilai 100cp [+/- RM310.00] : Contoh 34 buah solusi = RM9.00 x 34 buah = RM306.00 )

MOBILE STOKIST - RM1800

Anda dapat semua yang PENGEDAR dapat... serta semua kelebihan yang diberikan oleh Stormreaders selaku Mobile Stokist .... dan ada peluang untuk jadi Stokist Stormreaders atau buka Pusat Khidmat sendiri nanti... (tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan)

*Anda digalakkan membuat bayaran melalui Maybank2u Masukkan alamat email zamadipenang@gmail.com di ruangan email penerima bayaran.

LANGKAH 3 : SMS maklumat pembayaran ke 0103241786 / 0194467922 dengan format berikut :

NAMA/PAKEJ/RM/TARIKH/MASA/USERNAME

Contoh : zamadi Pengedar RM400 23/10/10 14:35 haibahones

LANGKAH 4 : Kami akan mengesahkan pembayaran anda melalui SMS. Seterusnya kami akan menghubungi anda untuk urusan pendaftaran di syarikat.

Pendaftaran

Monday, January 17, 2011

Penilaian Hukum Syariah



Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia pesuruh Allah, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabatnya dan setiap mereka yang menuruti jalan lurus panduannya. Setelah dilakukan semakan dan perbincangan berkenaan plan perniagaan yang diberikan, sekadar kemampuan kami, berikut disertakan hasil semakan ke atas pelan pemasaran Stormreaders Network Sdn Bhd:-



1. Apakah barang yang menjadi teras bisnes dan jualan?
Jawabnya ia adalah kumpulan buku-buku agama dan media terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Justeru tiada keraguan pada "subject matter" dalam skim Stormreaders Network Sdn Bhd.

2. Menjadi Ahli
Keahlian Stormreaders Network boleh dimiliki dengan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM90 untuk:

Kit Permulaan Perniagaan = RM30
Kad keahlian Stormreaders = RM30 (tahunan)
Insuran Takaful RM30,000
Khairat Kematian RM3,000
Kemudahan e-Store & Sistem e-Net = RM30 (tahunan)
Maka: setelah semakan, beberapa aqad telah digunakan iaitu:
1. Wakalah Muqayyadah: Iaitu pihak peserta mewakilkan sebahagian wangnya untuk menyertai skim takaful dan juga skim khairat kematian.
2. Ijarah (Sewa): e-Store & Sistem e-Net adalah sebuah kedai maya dan sistem maklumat pengurusan rangkaian yang disewakan kepada peserta dengan nilai tertentu pada setiap tahun. Dikenakan pada nilai RM30 setiap tahun. Ahli bebas sama ada untuk meneruskan sewaan atau tidak (memperbaharui keahliannya).
3. Bai al-Mutlaq: Iaitu jual beli biasa, apabila pihak peserta membeli Kit Permulaan Perniagaan.

Justeru, sepanjang semakan saya, tiada unsur pinjaman duit, atau serahan duit tanpa timbal balas aset. Semua wang yang diserahkan dalam yuran awal mempunyai aqad tersendiri di dalam Islam dan semua aqad tersebut adalah harus dan halal.

Menggabungkan pelbagai aqad tersebut dalam satu borang juga diizinkan kerana semua aqad berdiri dengan sendirinya (Mustaqil) tanpa bertentangan di antara satu sama lain. Dalam kata lain ia bukan "Uqud Mutanaqidhah Wa Mutanafiah” yang tidak boleh digabung jalinkan.

Di peringkat ini, ahli boleh menjana pendapatan dari:

2.1. 20% Komisyen Jualan e-store peribadi
Syariah: Wakalah Bil Ujr (wakil dengan upah): Oleh kerana barangan di dalam e-store adalah bukan milik ahli, tetapi milik syarikat yang diniagakan oleh ahli di dalam ‘online store’nya. Ini bermakna hubungan di antara ahli dan syarikat dalam konteks ini adalah ‘WAKALAH BIL UJR’ Aqad ini juga termeterai iaitu apabila setiap penjualan yang dibuat melalui e-store peserta, pihak syarikat akan memberikan komisyen sebanyak 20% dari semua harga terkumpul jualan. Ia juga halal dan harus serta menepati syarat-syarat dalam aqad Wakalah Bil Ujr iaitu wakil maklum akan jumlah komisyen yang ditawarkan syarikat.

2.2. 5% Bonus Jualan e-Store Global (GOSV) - Perkongsian daripada 5% jumlah jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders Network dengan jumlah perkongsiannya mengikut tahap pencapaian jualan e-Store peribadi.
Syariah: Pendapatan ini halal, ia didasari oleh aqad Hibah, iaitu hadiah dari sebelah pihak iaitu syarikat sebagai insentif galakan bagi ahli mereka.

3. Menjadi Pengedar
Ahli boleh maju kepada peringkat ‘Pengedar’ dengan membuat pembelian peribadi terkumpul yang bernilai 100 mata (RM300).
Syariah: Tiada masalah dari sudut hukum kerana penganugerahan ini datang dari pihak syarikat sejurus ahli mencapai tahap yang ditentukan. Oleh kerana gelaran ini datang dengan sedikit kelebihan tambahan, ia didasari oleh aqad Hibah. Pembelian peribadi yang disyaratkan juga tiada bermasalah kerana ia adalah pembelian aset sebenar (iaitu produk buku dan lain-lain), dan pembelian peribadi ini tidak diikat dengan sebarang syarat lain yang bertentangan dengan sifat aqad jual beli (Muqtada al-Aqd)

3.1. 5% Komisyen jualan peribadi di dalam rangkaian (direct sponsor)
Syariah: Didasari oleh aqad Hibah dari satu pihak, tiada sebarang masalah dari perspektif Syariah.

3.2. 10% Bonus ‘overriding’ e-Store tajaan peribadi (dengan syarat jualan minima e-Store peribadi mencapai RM500 setiap bulan).
Syariah: Aqad digunakan adalah Hibah Bi Syarti Iwad. Iaitu hadiah dengan syarat pencapaian satu kerja sebagai timbal.
Janji Hibahnya berlaku adalah apabila pihak syarikat menjanjikan hadiah bernilai 10 % dari harga jualan e-Store peserta yang berada di dalam kumpulannya, syarat pencapaian sebagai timbalan adalah pihak syarikat mengenakan syarat RM500 jualan sendiri pada bulan tersebut. Aqad ini juga boleh ditakyif sebagai jualah iaitu :-

Syarikat menawarkan 10% dari nilai jualan kumpulan di bawah seseorang peserta apabila peserta dan kumpulan di bawah berjaya mencapai satu target jualan. Aqad seperti ini juga harus di sisi Islam.

3.3. 5% Bonus ‘overriding’ jualan kumpulan rangkaian sehingga jumlah maksima RM4500 seminggu atau 25% daripada jumlah jualan harian kumpulan (dengan syarat membina sekurang-kurangnya 3 kumpulan dengan 100 mata setiap kumpulan).
Syariah: 5% ini dianugerahkan oleh pihak syarikat dengan target pencapaian jualan dan pembinaan kumpulan. Justeru ia sekali lagi dibina atas aqad Jualah.

3.4. 3% Bonus jualan rangkaian global GNRSV - Perkongsian daripada 3% jumlah jualan rangkaian global dengan jumlah perkongsian bergantung kepada tahap pencapaian.
Syariah: 3% ini dianugerahkan oleh syarikat sebagai tambahan pendapatan ahli. Ia di dasari oleh Hibah.

4. Menjadi Pemimpin
Pengedar dan juga ahli-ahli di dalam kumpulannya perlulah membuat JUALAN PERIBADI bulanan minima 20 mata (RM60) masing-masing untuk terus menikmati komisyen dan bonus rangkaian.
Syariah: Terma ini juga harus di sisi Syariah dan ia didasari oleh aqad Ju’alah sama seperti sebelum ini. Yang mana, jualan peribadi dan ahli dijadikan sebagai prestasi atau target yang perlu dicapai bagi membolehkan pengedar dan ahli dalam kumpulan unutk menikmati komisyen dan bonus rangkaian. Dalam konteks ini, komisyen dan bonus rangkaian menjadi imbuhan Ju’alah.
Hasil prestasi jualan bulanan ini juga akan memberikan bonus tambahan kepada pengedar dan kumpulan rangkaian seperti berikut:

4.1. 5% Bonus kesetiaan kumpulan sehingga kepada tahap maksima mengikut tahap pencapaian atau pangkat.
Syariah: Ia terbina dari aqad Hibah oleh pihak syarikat kepada ahli yang dirasakan layak dan menepati kriteria tertentu.

4.2. 5% Bonus kesetiaan kumpulan global (GNMSV) - Perkongsian 5% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat).
Syariah: Ia terbina dari aqad janji HIBAH yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Tiada masalah syariah dalam perkara ini.

4.3. Tabung Umrah & Pelancongan (Simpanan dari Perkongsian 2% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat).
Syariah: Ia juga adalah dari jenis Hibah Mutlaqah oleh pihak syarikat.

Penyemakan dari semasa ke semasa juga akan kami jalankan demi memastikan perjalanan bisnes ini menepati hukum Islam.
Demikian ringkasan kajian kami dan pihak kami sentiasa mengalukan komentar membina dari pelbagai pihak lain sekiranya didapati ada perkara penting yang terlepas dari semakan dan pemerhatian kami.

Kami juga dengan ini tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang pindaan ke atas plan atau salahlaku mana-mana individu dari syarikat atau ahli dalam menjalan aplikasi plan dan bisnes ini, atau apa jua perubahan yang dilakukan di luar pengetahuan kami.
Wallahu’alam. Sekian.

Zaharuddin Abd Rahman & Zahazan Mohamed
Penasihat Syariah
Stormreaders Network Sdn Bhd
13 Ramadhan 1430H


Sunday, January 16, 2011

Produk Stormreaders

Pengedar produk-produk Islam terutamanya buku-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanahair kita seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamud , Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan ramai lagi.

Penerbit Buku yang telah bersama STORMREADERS NETWROK

1. Telaga Biru
2. Gelari Ilmu
3. Ana Muslim
4. Pustaka Ibnu Katsir
5. Pustaka Imam As-Syafie
6. Ilham Center
7. Pustaka Azzab
8. PTS
9. ABS Tinta
10. Almahira
11. Kalam Publika
12. PENA Ilmu dan Amal
13. VTR Production & Management
14. Tabung Haji

Koleksi Buku terdiri daripada :

1. Kategori Agama
2. Kategori Motivasi
3.

Maklumat Korporat

Kata Alu-aluan Pengasas

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Saya panjatkan kesyukuran kepada ilahi  kerana dengan limpah kurnianya maka Stormreaders Network Sdn. Bhd. dapat ditubuhkan. Setiap cadangan dan nasihat pakar yang kami terima terutamanya di dalam bidang syariah, perundangan dan ekonomi telah diambil kira pada setiap perancangan dan perlaksanaan agar segala usaha untuk membantu meningkatkan ekonomi diri, keluarga dan masyarakat berjalan lancar dan seterusnya impian untuk membentuk sebuah masyarakat yang gemar membaca dan berilmu menjadi kenyataan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada
anda, usahawan berpotensi, berdedikasi dan berdisiplin ke dalam keluarga Stormreaders. Dengan penglibatan anda yang aktif, cekal serta bertawakal, insya Allah segala impian dan cita-cita akan menjadi kenyataan.
Bantu-membantu dan bekerjasama di antara satu sama lain adalah teras kepada kejayaan kami, menjadi asas kepada ukhuwah yang terjalin… dan kehadiran anda mengukuhkannya…

Saya yakin dengan produk-produk yang berkualiti, bermanfaat serta tiada tarikh luput ini akan mempermudahkan anda untuk membina sebuah rangkaian perniagaan yang terdiri daripada usahawan-usahawan yang akan bersama-sama anda mengecap kegemilangan. Ayuh bersama-sama kita berusaha menyebarkan sejauh mungkin dan seterusnya membantu mewujudkan sebuah generasi yang kaya dengan ilmu!

Kata Alu-aluan Pengasas
“Waktu adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber
kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan. Jika digunakan untuk
berdoa akan menjadi keberkatan dan rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi
keberhasilan. Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu
adalah kewajiban seorang hamba terhadap tuhannya. Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang
sebenarnya. Sesungguhnya kewajiban-kewajiban hamba didunia lebih banyak daripada waktu
yang tersedia.”
Saya berharap segala maklumat, garis panduan dan kelengkapan yang telah disediakan di
dalam Kit Permulaan Perniagaan ini akan membantu anda untuk menjadi seorang usahawan
yang berjaya.

Tulus Ikhlas
Hj. Abdul Waharp Yusof CEO, Pengasas November 17, 2008